Arsip Kategori: Tempat-Tempat yang diberkahi

Tempat-Tempat yang diberkahi

Assalamu’alaikum Wr.Wb

Hadirin yang diberkahi Allah

Terdapat beberapa tempat di muka bumi ini yang diberkahi oleh Allah swt, walaupun pada hakikatnya semua permukaan bumi ini telah diturunkan berkah, sebagaimana pada pembahasan air sebagai berkah yang terdahulu. Dalam Al-Qur’an, Allah mengisyaratkan kepada beberapa tempat yang telah diberkati-Nya, diantaranya adalah firman-Nya :

Yang artinya : “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat ibadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”      [Q.S. ‘Ali Imran : 96]

Ka’bah merupakan rumah pertama yang dibangun diatas bumi, dan dikhususkan sebagai tempat ibadah, yaitu sejak Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Ismail ‘alahimassalam untuk memulai memasang sendi-sendi bangunan tersebut, dan Allah menjadikannya tempat yang khaus bagi orang-orang yang bertawaf, beri’tikaf, ruku’ dan sujud kepada-Nya.  Sebagaimana Allah telah melimpahkan berkah ke atas rumah itu dan menjadikannya sebagai petunjuk bagi semesta alam, ayat ini sekaligus sebagai satu bantahan daripada Allah Subhanahu Wata’ala kepada Ahli Kitab, yang mengatakan bahwa rumah ibadah yang pertama dibangun berada di Baitul Maqdis.

Untuk mengungkap berkah yang dikurniakan Allah ke atas Ka’bah ini, mari kita simak ungkapan Sayyid Quthub rahimahullah :

“Dari keutamaan rumah ini (Ka’bah) adalah bahwa siapa saja yang memasukinya akan merasa aman. Ia ibarat rasa aman bagi setiap orang yang takut. Tidak ada tempat yang seperti ini di tempat yang lain di bumi ini. Hal ini sudah dimulai sejak dibangun oleh Nabi Ibrahim dan Ismail sampai pada masa Arab Jahiliyah, yaitu pada masa penyimpangan daripada agama Ibrahim yang mereka lakukan, dan daripada tauhid yang sebenarnya yang dibawa oleh agama ini. Sampai ke hari ini, kehormatan keatas tempat ini tetap berlaku, sebagaimana yang dikatakan oleh Hasan al-Basri dan ulama lainnya: “Seorang lelaki membunuh dan meletakkan sasarannya pada lehernya, kemudian ia memasuki masjid al-haram ini, kemudian anak mangsa menemuinya, dan amarahnya tidak bangkit (ia sanggup menahan kemarahannya) sampai ia keluar daripada tempat itu (masjid al-haram)”.

Tentang keutamaan Makkah dan Masjid al-Haram yang ada didalamnya, Rasulullah SAW menjelaskannya dalam sebuah hadisnya :

وفى الصحيحين – واللفظ لمسلم – عن ابن عباس رضى الله عنهما , قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم فتح مكة , “إن هذ البلد حرمه الله يوم خلق السموات والأرض , فهو حرام بحرمة الله إلى يوم القيامة . وإنه لم يحل القتل فيه لأحد قبلى , ولم يحل لى إلا فى ساعة من نهار . فهو حرام بحرمة الله إلى يوم القيامة , لا يعضد شوكه , ولا ينفر صيده , ولا تلتقط لقطته إلا من عرفها , ولا يختلى خلاه . . . إلخ

Yang artinya : “Dalam Kitab Shahihaini (Bukhari dan Muslim) – sedang lafaz dari Muslim – dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma berkata, Rasulullah SAW bersabda pada hari pembebasan Makkah, “Sesungguhnya negeri ini telah diharamkan Allah sejak hari penciptaan langit dan bumi, maka ia telah menjadi tempat yang haram dengan pengharaman Allah sampai hari kiamat. Dan sesungguhnya tempat ini tidak dihalalkan kepada seorangpun sebelumku untuk membunuh didalamnya, dan tidak dihalalkan untukku (untuk berperang didalamnya) melainkan di waktu siang (sahaja), maka ia telah menjadi tempat yang haram dengan pengharaman Allah sampai hari kiamat, tidak boleh membuang duri yang ada padanya, tidak boleh berburu padanya, dan tidak boleh mengambil barang yang tertinggal didalamnya melainkan orang yang mengenalinya, tidak boleh memotong tanaman yang ada padanya . . .”

Dalam kisah Nabi Musa ‘alaihissalam disebutkan bahwa beliau beserta istri dan kaumnya menuju suatu tempat yang telah diberkati oleh Allah, di daerah Thuur (Sinai) pinggiran negeri Mesir yang juga sangat subur meskipun di daerah yang berpadang pasir, Allah menceritakannya dalam firman-Nya :

Yang artinya : “Maka tatkala Musa sampai ke (tempat) api itu, diserulah dia dari (arah) pinggir lembah yang diberkahi, dari sebatang pokok kayu, yaitu: “Ya Musa, sesungguhnya Aku adalah Allah, Tuhan semesta alam.” [Q.S.Al-Qashas : 30]

Tempat ini menjadi sangat berkah bagi Nabi Musa ‘alaihissalam, kerana ditempat itulah beliau mendengar firman Allah dan bercakap langsung dengan-Nya. Di tempat dan di saat itulah Musa ‘alaihissalam diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul.

Banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang menceritakan tentang negeri (tempat) yang penuh dengan berkah, maka yang dimaksud dengan “negeri” di sini ialah negeri Syam, termasuk di dalamnya bumi Palestin. Tuhan memberkahi negeri itu ertinya: kebanyakan nabi dan rasul yang diutus oleh Allah berasal daripada negeri itu dan tanahnyapun subur, seperti dalam firman-Nya :

Yang artinya : “Dan kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhan-mu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir’aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka.” [Q.S.Al-A’raaf : 137]

Dalam ayat lain Allah mengisahkan tentang Nabi Ibrahim dan Luth yang berada di sebuah negeri yang juga penuh dengan berkah :

Yang artinya: “Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia”. [Q.S. Al-Anbiyaa’ : 71]

Pada masa Nabi Sulaiman ‘alaihissalam, negeri itupun mendapat berkah daripada Allah, Allah berfirman :

Yang artinya : “Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” [Q.S. Al-Anbiyaa’ : 81] Firman Allah dalam surah Saba’ :

Yang artinya : “Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman.” [Q.S. Saba’ : 18]

Yang dimaksud dengan “negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya” ialah negeri yang berada di Syam, kerana kesuburannya; dan negeri-negeri yang berdekatan ialah negeri-negeri antara Yaman dan Syam, sehingga orang-orang dapat berjalan dengan aman siang dan malam, tanpa terpaksa berhenti di padang pasir dan tanpa mendapat kesusahan.’

Pada masa Rasulullah SAW, beliau yang diutus dan menyampaikan risalah Allah di jazirah Arab, maka Allah ingin menampakkan kepada beliau, bahawa disamping kota Makkah yang terlebih dahulu diberkati oleh Allah, disana juga terdapat negeri-negeri para saudara beliau yang mendapat berkah daripada Allah, yang merupakan bumi perjuangan para Nabi dan Rasul, untuk menunjukkan satu perjuangan yang sama, menyampaikan aqidah yang sama, konsep hidup yang sama, dan menuju ridha Allah Subhanahu Wata’ala. Allah berfirman yang mengisahkan perjalanan Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW :

Yang artinya : “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Q.S. Al-Israa’ : 1]

Hadirin yang berbahagia

Berkah daripada Al-Masjidil Haram dan Al-Aqsa tidak hanya setakat di masa para Nabi dan Rasul itu sahaja, ia akan tetap menjadi bumi Allah yang penuh berkah bagi ummat-Nya sampat ke hari kiamat.

Negeri Palestin, merupakan bumi yang penuh dengan berkah bagi ummat Islam, ia menjadi saksi pertarungan dan perhelatan antara yang haq dan yang bathil, sejak masa para Nabi dan Rasul sampai ke masa sekarang, iaitu antara mereka yang membawa al-haq (kebenaran) dan musuhnya yang membawa al-bathil (kebatilan), samada daripada bangsa Yahudi mahupun Nasrani. Mereka selalu membenci kebenaran yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, terutama daripada bangsa Yahudi yang hingga kini masih merampas dan menguasai tanah milik ummat Islam itu.

Ia masih tetap menjadi bumi penuh berkah dengan perjuangan kaum muslim Palestin, meskipun dengan batu sebagai senjata mereka melawan kereta-kereta kebal, senjata automatik kaum Zionis Israel yang telah di kutuk dan dilaknat oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Tak ada yang berubah daripada watak bangsa Yahudi ini. Mereka adalah bangsa pengobar perang, penghancur peradaban,pembunuh para nabi, penyebar kebejatan moral, dan tentunya yang sangat nampak sekali adalah, pelanggar janji. Perjanjian damai Palestin-Israel boleh dikumandangkan, tetapi operasi penghancuran dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin tetap mereka lakukan.

Dalam setiap akhbar menyebutkan, hanya dalam beberap saat, kumpulan Zionis itu terus membunuh warga Palestina di Gaza, Rafah dan di Baitul Maqdis. Rudal-rudal diluncurkan daripada helikopter militer dan pasukan darat, kumpulan agresor itu terus menyerang pemukiman muslim Palestin di Jalur Gaza. Mereka terus membuat rancangan untuk berdamai dengan bangsa Palestin, tetapi mereka juga yang melanggar kesepatakan damai tersebut, kerana memang beginilah watak dan sifat mereka. Perjuangan di bumi penuh berkah ini tidak akan berhenti, pelbagai bentuk perlawanan ummat Islam terhadap Zionis Yahudi terus dilakukan, diantaranya adalah kumpulan Hamas, Jihad dan kumpulan-kumpulan perjuangan Islam lainnya. Mereka ingin mendapatkan salah satu daripada dua perkara yang kedua-dua perkara tersebut adalah baik dan mulia, iaitu samada hidup dengan penuh kemuliaan ataupun mati dengan syahid.

Sumber-sumber militer Zionis mengungkapkan, bahawa sejak meletusnya Intifadha pada September 2001 silam, Hamas telah menembakkan lebih daripada 140 roket yang dikenal dengan nama Al-Qossam, dan 1700 mortir ke arah pemukiman Yahudi. Namun Zionis mendakwa, tidak ada mangsa yang bererti ataupun yang tewas di pihak mereka. Para pejuang muslim Palestin meyakini, bahawa bangsa Yahudi Zionis tidak pernah memiliki niat yang baik untuk berdamai dengan kaum muslimin, rancangan perdamaian yang mereka buat hanyalah sebagai helah sahaja untuk lebih banyak lagi menguasai bumi Palestin yang penuh dengan berkah ini.

Perlawanan kaum muslimin di bumi Palestin akan terus berlanjut, kerana ia adalah bumi para anbiyaa’, bumi masjid Al-Aqsha yang menjadi qiblat pertama ummat Islam, dan bumi perjuangan Shalahuddin al-Ayyubiy ketika mengusir kaum salibis yang sombong dan angkuh. Bumi Palestin merupakan tempat yang penuh dengan berkah, sebagaimana Allah terangkan dalam Al-Qur’an, ia menjadi bumi tempat mi’rajnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Setiap darah yang jatuh di bumi itu merupakan darah para syuhada di sisi Allah ‘Azza Wajalla, dan setiap muslim berkewajipan untuk berjihad didalam mempertahankan negerinya daripada setiap kezaliman dan penindasan orang-orang yang melampau.

Negeri-negeri seperti Palestin, Jordan, Lubnan, Syiria, Iraq, Mesir dan lain sebagainya termasuk dalam kawasan Syam, yang sangat subur daripada dahulunya sehinggalah sekarang. Maka, tidak hairan apabila bangsa Yahudi dan sekutu-sekutunya tergamak untuk merampas tanah yang subur tersebut, sebagaimana ia merupakan daerah-daerah penghasil buah tin dan zaitun terbaik dan terbanyak di dunia.

Dalam Al-Qur’an, Allah meyebutnya sebagai pokok yang penuh dengan berkah, mari kita simak dengan seksama firman Allah tersebut :

Yang artinya : “Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah  lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak berkahnya, (yaitu) pokok zaitun yang tumbuh  tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [Q.S. An-Nuur : 35]

Demikianlah Allah menerangkan keistimewaan daripada pokok zaitun ini, Allah memberikan perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti pelita yang dinyalakan dengan minyak daripada pokok zaitun tersebut, minyaknya saja boleh menerangi dan mengeluarkan cahaya, meskipun belum disentuh oleh api, maka apabila ia dinyalakan tentulah menjadi cahaya diatas cahaya.

Ia merupakan pokok yang penuh dengan berkah dalam hal apa saja, batangnya, buahnya, sehinggalah kepada minyak yang dihasilkan daripadanya. Namun, keberkahan pokok zaitun ini, keberkahan tempat-tempat yang penuh berkah ini mestilah diberikan kepada orang-orang-orang yang beriman dan mampu menjalankan amanah. Bangsa Yahudi tidak beriman kepada Allah dan tidak boleh menjalankan amanah apapun juga. Hanya kaum muslimin yang beriman kepada Allah yang mampu untuk menjalankan amanah yang diberikan Allah kepada mereka.

Terimakasih atas perhatiannya, semoga ada manfaatnya.

Wassalamu’alaikum Wr.Wb